Tuesday, February 4, 2014

CITA-CITA

Assalamualaikum.

Hye ioullss! Hari ini mak jemah nak berkongsi satu cerita. Okay anak-anak duduk diam diam sambil pegang popcorn dan air sirap. Ceritanya bermula begini, nampak tak tajuk besor kemain kat atas tu. Dulu masa muda muda, time hingus meleleh-leleh lagi lepastu lap dekat tudung bercorak-corak lagi meriah tudung sekolah haku, kau ado? Bila cikgu tanya "apa tu?" Aku jawab "ini seni cikgu". Masa tu aku budak lagi ah yang baru nak mengenali dan menerokai  hidup. Ewah bahasa melayu sangat ayat aku. Korang mesti ingat en masa darjah satu cikgu tanya "murid-murid semua bila dah besar nak jadi apa?" Ini soklan paling wajib ah. Lepastu semua kata " nak jadi doktor cikgu". conpident habis ah, dengan muka ceria liplap liplap. Dulu aku pun pernah lah juga bercita-cita nak jadi doktor haiwan. kenapa? sebab haiwan yang aku bela semua mati kerana sakit. Nak kata aku letak racun pun tak juga. Betapa sedihnya rasa hati. Akhirnya aku tidak dibenarkan untuk mempunyai walau seekor pun haiwan peliharaan.

Aku ingat bila dah sekolah menengah soklan wajib tadi dah tak wujud dah. Rupanya masih ada.  Kena pulak isi borang bermacam-macam jenis. Bila part nak isi "cita-cita" tu aku cam emm bagi aku masa beberapa tahun lagi boleh? Jangan salah faham. Aku bukan tak ada cita-cita eh cuma terlampau banyak. Tulah imaginasi gua kan tinggi melangit. Ada part bila aku dah fall in love sangat dengan dslr aku nak jadi photographer. Ada part bila aku tengok rancangan masak-masak kek, aku rasa teruja lalu terlintas di fikiran nak bukak kedai kek. Ada part bila aku tengah mengajar adik aku abc aku fefeling nak jadi pensyarah. Dan macam-macam lagi, tak terkira banyaknya. Aku rasa kak Lin pun dah boring dengan imaginasi-imaginasi yang aku cipta.

Sekarang dalam tak sedar, dalam masa beberapa bulan lagi aku nak SPM. Semakin banyak pressure yang aku dapat. Kalau dulu aku boleh ah main hentam-hentam je. Kalau aku kata nak jadi surirumah berjaya pun suka hati aku lah. But not now. Sekarang cikgu semua macam pressure kau. Yelah dah besar en? Soklan sekarang pun dah lain sikit dari zaman sekolah rendah dulu. sekarang tanya " nanti lepas spm nak ambil course apa?" "nak sambung belajar dekat mana?" dan sebagainya. Nak tambah perisa bagi student cuak sikit mesti ada " awak jangan main-main, ini penentu masa depan awak ni " Okay surrender. Memang aku takut gila lah en sampai jatuh lutut siku semua. okay merapu sangat kau ni kenapa?!

Konklusinya di sini, aku kena juga berhempas pulas berfikir dengan sedalam dalamnya air lautttt ke mana arah tujuku selepas ini. Ewah gitu.








Sunday, February 2, 2014

Friendship

Assalamualaikum.

Ya Allah this whole week, this whole month memang penat sangat. Dengan kokurikulum, seimbas, siapkan board, dengan homework yang bertimbun yang agak agak bila disusun nampak ah macam  klcc. Kay tipu. Pernah tak kau hadapi benda ni? Bila hari hari siang kau digunakan dengan sepenuhnya tanpa rehat, badan dan otak kau akan  jadi sangat letih. Bila letih kau akan fikir nak buat benda-benda yang important je lepas tu sumpah kau rasa kau nak tidur sampai esok malam pun takpe. Tapi masalahnya kerja yang ‘important’ aku tu tak akan siap selagi tak pagi. Bayangkan aku kena bangun pukul 5 pagi, kejar bas pukul 6 pagi, sampai sekolah 6.30 pagi. Ohh tak dapat dibayangkan. Bila masa aku nak tidur, bila? Dahlah kau penat, tak tidur pula eh macam mana nak survive. Tell me?  Jadi, bila ini terjadi makan tu dah tak penting untuk kau. Tidur itu lebih penting!
I’m suffered from gastric since I was 7 year old.Aku punya gastic boleh jadi sangat teruk sampai nak bangun pun tak mampu. The pain.. gosh can’t be describe. Overload! But surprisingly this whole month walaupun makan macam tak makan tapi aku tak kena gastric. Tapi aku selalu sakit. Dalam seminggu aku boleh demam 2 3 4 kali. Tak masuk lagi dengan selsema, pening kepalanya and  in school everytime I feel like I want to collapse. Suffered!



Tapi aku bersyukur sangat kerana dikelilingi dan dikurniakan dengan orang orang yang baik. Diorang selalu ada waktu susah dan senang. Bila happy kita share sama sama, kita gelak sama sama. Hari hari pun aku rasa kita bergelak ketawa, kecoh tak kisah ah apa orang nak kata. Dah lawak takkan kau taknak gelak en? walaupun I know each of us ada cerita masing masing. Cerita yang kadang kadang kita taknak orang tahu, cerita yang kita rasa better kita simpan sendiri. Walau sesedih mana pun aku , aku akan rasa happy asalkan diorang ada dengan aku. Kenapa? Sebab aku tahu bila aku nangis, aku mintak bahu, diorang bagi dengan peha peha sekali. Bila aku down, diorang give me a hug. A big one. Bila aku ngantuk dalam lab, diorang bagi aku bermacam jenis gula gula tapi.. aku tetap ngantuk. Bila aku lapar (aku selalu lapar) diorang bawakkan bekal dari rumah untuk aku,siap suap lagi.Bila aku gastric teruk, sampai guling guling dekat lantai diorang vromm vroom naik motor pergi kedai carikan roti. Bila aku dipaksa masuk lari berpagar walaupun tak berapa nak tinggi,aku jatuh. Mestilah, aku tak sampailah! Instead of helping me, diorang gelakkan aku dekat tepi padang. Okay ini kurang hajarrr. Bila aku demam diorang bawakkan koyok. Diorang selalu ada untuk sambut aku bila aku jatuh bergolek golek. Always protected me like a mom. Always reminds me that I was never alone. Eventhough I always feel so. They accept me for who I’m. The annoying, crazy and childish me. They are the most precious things that was gifted to me. Dalam tak sedar, diorang ajar aku untuk jadi manusia yang lebih baik. Manusia yang tahu menghargai. Diorang ajar aku untuk ketawa no matter how hard it is. And you never know, hanya dengan senyuman you can bright someone’s day.And this kind of friendship aku tak kan lupa sampai bila bila, InshaAllah. 

                                   













Saturday, December 21, 2013

Another Day

Assalamualaikum.
Aku tak tahu bagaimana mengapa dan kenapa lampu-lampu di rumah nenek seringkali rosak. Dan setiap kali rosak muka ini lah yang terpaksa membawa dan memegang mentol-mentol yang panjang itu. Sudahlah aku ini tidak berapa nak tinggi. But don't worry short girls are cute, i mean super cute! Eh ha kan dah terlanjur memuji diri sendiri. Hakhakhakhak ( agak-agak en kalau aku gelak sebegini rupa depan ustazah mesti dah kena penampar). Sorry ustazah, saya gelak sopan-sopan macam ni hehehe. Okay lepastu kan mula lah abah nak menakutkan aku "pegang mentol tu elok-elok, nanti meletop". Sudah! Aku dah rasa macam pegang bom kau tahu. "Abah sebelum mentol ni meletup Lily nak cakap Lily sayang abah" . Drama ini semua drama.

Agak-agak nak tengahari gitu, pergi cari kasut pula. Maklumlah saya budak sekolah (yang mengharapkan cuti lebih). Selama ni tak pernah pula aku rasa malas nak ke sekolah tapi sejak peristiwa gelap itu berlaku langsung aku rasa penat, terlalu penat untuk menempuhi walaupun satu hari lagi. Aku masih rasa keseorangan walaupun ramai manusia di setiap sudut. Aku masih rasa takut.
Aku tak suka rasa ini.
Rasa
Keseorangan.

Mula-mula nak beli Converse. Lawa sangat tapi tak ada size. Ini selalu banget terjadi sama gue! kenapa? Lastnya beli Everlast dan part yang paling best dibelanja oleh atuk. Thank you. Sayang sangat ni. Tapi part yang tak bestnya atuk pesan " Dah dapat kasut SPM mesti 8 atau 9A okay" Bisa gugur jantungku! Tengiang-ngiang lagi sampai sekarang. Macam mana? Can I?

                                                              Jet jet comel kejap